Khabare semua,setiap hari ak

u akan melalui jalan itu dan saban hari juga aku melihat sebutir demi sebutir batu diangkut, sambil tanah-tanah merah juga seperti tidak mahu ditinggalkan seorangan setelah rumput dan pohon-pohon yang menanugi kekuatannya dirobek satu persatu yang tinggal kini cuma dia "Tanah Merah" yang seakan menyamal,mengambol atau merajuk menggelunsurkan dirinya. Kerana setelah sekian lama dia gah diatas sana sambil dikawal ketat oleh pepohon rendang, rumput menghijau dan batu-batu yang gagah.
Apa yang lebih membimbangkan ada sebuah bangunan untuk merawat pesakit berada betul-betul disempadannya. Apakah setelah pesakit yang sakit telah dipindahkan dari rumah sakit Ratu terpaksa pula dipindahkan sekali lagi,bertambah sakitlah kepala Pak Menteri memikirkannya.
Jadi sebelum apa-apa terjadi khabarkanlah kepada mereka yang berkenaan, tolonglah selamatkan bumi ini......


( Maaf la gambarnya kurang jelas...terima kasih isteriku yang sudi berkongsi masalah ini dan merakamkan gambar ini)