Saturday, January 17, 2009

PENGUCAPAN PUISI AMAL GAZA

Sebagai tanda sokongan kepada hasrat dan dasar kerajaan yang mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin, satu Program Pengucapan Puisi Amal Gaza akan diadakan pada 18 Januari 2009, bertempat di Sugar Bun, Gaya Street bermula jam 10.00 pagi.
Semua dijemput hadir dan menyumbang kepada Tabung NSTP untuk GAZA yang juga akan diadakan.
Pengucapan Puisi Amal ini juga sebagai tanda perjuangan penggiat sastera dan budaya yang sebenarnya bersama-sama kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan Israel dan pencabulan hak asasi manusia.
Program ini anjuran bersama Badan Bahasa & Sastera Sabah (BAHASA), Ikatan Penulis Sabah (IPS), Badan Kebajikan & Rekreasi Penerangan Sabah (KERPEN) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

Friday, January 9, 2009

Selamatkan Palestine..

Entah sampai bila bumi Palestin akan terus dihujani dengan peluru dan mortar, entah sampai bila ruang udara Gaza akan bebas dari debu-debu runtuhan kerana keganasan burung-burung besi Rejim Israel Laknatulah.
Entah sampai bila kita akan melihat insan-insan yang tidak berdosa menjadi mangsa keganasan.Entah sampai bila kita akan terus mendengar tagisan kesakitan anak kecil dan kesedihan mereka yang kehilangan keluarga.
Entah sampai bila kita asyik melihat dengan rasa dukacita,marah dan benci kepada Israel Laknatulah.Entah sampai bila mulut melontar bicara kutukan dan maki hamun terhadap Israel Laknatulah.
Entah sampai bila baru kita menghulurkan sumbangan kepada mereka paling tidak pun menadah tangan memohon pada yang Yang Maha Esa agar memberikan kesejahteraan kepada rakyat Palestin dan menurunkan bala kepada Israel Laknatulah serta sekutunya.

Tuesday, January 6, 2009

Tahun Baru Perangai Lama, apa cerita ?

Tika hampir lena dibuai mimpi pada malam 31 Disember 2008, tiba-tiba terkejut oleh detuman bunga api dan mercun yang dibakar ketika meraikan tahun baru 2009. Apa lagi sekeluarga keluar la melihat percikan bunga api menghiasi langit gelap 0002pg 1 Januari 2009. Rasa tidak puas melihat dari jauh lantas sekeluarga naik la kereta menuju lokasi sebenar bunga api di pusat bandar.

Namun hajat tidak kesampaian tersekat oleh kesesakan lalulintas, entah dari mana sahaja kereta itu datang semacam pesta besar-besaran di sepanjang Teluk Likas/Tg Lipat dengan orang ramai bersorak gembira disepanjang jalan menyambut kedatangan tahun baru 2009. Tapi mungkin mereka lupa kehadiran 2009 pasti membawa cabaran yang lebih besar terutama dalam mengharungi masalah ekonomi global. Ada yang sanggup berkhemah sekeluarga di tepi pantai sambil makan-makan sayap ayam panggang, juga bekalan makanan yang dimasak atau dibeli sebelum itu.

Dipendekkan cerita kami sekeluarga pun balik la ke rumah dan menyambung semula mimpi yang terputus tadi. Apa yang diharapkan agar memperolehi mimpi indah yang dapat memberi gambaran wajah baru 2009 yang penuh cabaran ini.

Pagi 1 Januari 2009 bersiaplah kami sekeluarga kerana ingin menghantar anak ke sekolah ada program khas Tahun 1, setelah selesai kami balik ke rumah melalui laluan yang sama kami lalui tengah malam semalam.

Aduh...amat sedih melihat sampah sarap menangis ditinggalkan begitu sahaja! Ini kah azam tahun baru warga bandaraya Kota Kinabalu?Apakah menjaga kebersihan tidak termasuk dalam senarai yang perlu DIUTAMAKAN?

Sedang mereka-mereka yang berpesta semalam masih sedap tidur, kelihatan beberapa kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bertungkus lumus sejak awal pagi lagi membersihkan kawasan pantai yang ditinggalkan. Anak kecil saya bertanya "Ayah siapa yang buang sampah tu, kesian pacik tu pula kena bersihkan. Penggotor betul la dorang tu".

Saya hanya diam menggelengkan kepala, cuma pesan saya kepada anak-anak jangan jadi macam mereka yang suka membuang sampah kerana mereka juga sampah masyarakat, jadilah seperti pakcik tu walau pun kotor mereka sanggup bekerja demi untuk kesejahteraan orang lain.



Khabare....Salam Tahun Baru


Khabare ? Rasanya lama juga saya tidak mencatatkan apa-apa dalam blog ini, al maklum sajalah hujung-hujung tahun ini masa yang terbaik membawa anak-anak bercuti disamping menghadiri
undangan majlis walimatlurus.

Sempat juga lah membawa keluarga ke daerah pergunungan melihat lambaian kinabalu yang dingin dan segar sambil merasai kehangatan air panas. Kesempatan ini juga saya gunakan untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anak saudara saya Mohd Rizan Mohd Taufek jadi Selamat
Pengantin Baru Moga Kekal Abadi Selamanya.

Sambil mendaki kaki gunung Kinabalu mata sempat terpandang disebalik kehijauan alam terdapat juga tompok-tompok coklat seakan kesan penebangan hutan, kalau ia dilakukan secara sah tidak mengapa lah tapi kalau tidak sekadar meminjam kata-kata Raja Lawak musin ke 2 Lu fikirlah sendiri akibatnya.

Kita juga jangan terlalu ghairah menjadikan kebun sayuran sebagai alasan terbaik untuk menoreh lereng-lereng bukit kerana mungkin dalam jangkamasa yang mendatang akan memberi kesan besar kepada alam semulajadi kita.


Justeru itu, marilah kita mengambil langkah terbaik agar alam terus subur dan segar !