Wednesday, November 26, 2008

Khabare...alam sekitarku yang semakin sakit

Khabare semua,setiap hari aku akan melalui jalan itu dan saban hari juga aku melihat sebutir demi sebutir batu diangkut, sambil tanah-tanah merah juga seperti tidak mahu ditinggalkan seorangan setelah rumput dan pohon-pohon yang menanugi kekuatannya dirobek satu persatu yang tinggal kini cuma dia "Tanah Merah" yang seakan menyamal,mengambol atau merajuk menggelunsurkan dirinya. Kerana setelah sekian lama dia gah diatas sana sambil dikawal ketat oleh pepohon rendang, rumput menghijau dan batu-batu yang gagah.
Apa yang lebih membimbangkan ada sebuah bangunan untuk merawat pesakit berada betul-betul disempadannya. Apakah setelah pesakit yang sakit telah dipindahkan dari rumah sakit Ratu terpaksa pula dipindahkan sekali lagi,bertambah sakitlah kepala Pak Menteri memikirkannya.
Jadi sebelum apa-apa terjadi khabarkanlah kepada mereka yang berkenaan, tolonglah selamatkan bumi ini......


( Maaf la gambarnya kurang jelas...terima kasih isteriku yang sudi berkongsi masalah ini dan merakamkan gambar ini)

3 comments:

BLOG KOMEN said...

Alam menjadi sakit mungkin disebabkan oleh tindak tanduk manusia yang sakit, yang mengaut keuntungan dari laut, pasir dan bukit.

GC said...

Wak, saya tidak pasti kamu perasan atau tidak kesilapan kecil, kalu tidak dibetulkan boleh mendatangkan sedikit kekeliruan, tarikh pada foto-foto tercatit "2007".

salah setting atau guna foto lama, maaf bukan mengajar, hanya menegur mana yang patut.

post yang menarik, saya memang minat gaya tulisan Wak, saya akan kunjung blog Wak selalu.

Teruskan berblog, asal jangan jadi goblok macam sesetengah orang hehe

Khabare said...

Terima kasih Mr.Greg,tersilap setting itu hari bulan maklumlah semangat mau ambil gambar tapi lupa set balik dia punya tarikh. Apa pun thanks atas komen dan lawatan saudara.