Tuesday, February 3, 2009

JANGAN JADIKAN KANAK-KANAK MENJADI MANGSA

Sedikit terkejut melihat siaran berita malam semalam (2.12.2009), apabila isu mengunci pintu bangunan atau dewan orang ramai yang dijadikan tadika KEMAS masih berlaku. Entah sampai bila isu seumpama ini akan berakhir....

Andai masalah politik yang dijadikan alasan sememangnya tidak masuk akal. Mengapa atas sebab ideologi politik yang berbeza anak-anak menjadi mangsa. Syukurlah isu seumpama ini tidak berlaku di kebanyakan tempat kerana mereka yang lainnya faham bahawa selama ini kerajaan memerintah tidak pernah membeza-bezakan dalam hal berkaitan pendidikan walau apa pun ideologi politik ibu bapa mereka sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah tanah air pelajar tidak dibenarkan belajar disekolah kerajaan hanya kerana keluarganya dari parti pembangkang. Justeru itu, mengapa anak-anak kecil yang baru mahu mengenal huruf menjadi mangsa. Tolonglah fikir-fikirkan......

Kembalikan PPSMBI kepada Bahasa Malaysia

Sampai bilakah isu ini akan berakhir? berapa kali lagikah persidangan Meja Bulat perlu diadakan baru keputusan dicapai?perlukah kita tunggu sehingga ramai anak bumiputera @ melayu terkandas baru kita mencapai keputusan?
Keputusan peperiksaan UPSR atau apa saja peperiksaan tidak harus dijadikan penanda aras kepada kepada kejayaan PPSMBI ini. Tinjauan rambang dan pendapat dari teman-teman ibubapa hanya seorang saja yang bersetuju yang lainnya inginkan PPSM dalam Bahasa Malaysia. Benar anak-anak kami masih lulus tapi peratusannya agak menurun dan ada ketikanya mereka tidak faham apa yang mereka belajar dan kadang-kala mereka naik boring dan bengang mencari jawapan dan menjawab dalam BI.
Kerajaan harus bertindak segera untuk membuat keputusan agar PPSM dikembalikan kepada BM sebelum ia menjadi isu yang lebih panas hingga di bawa ke jalanan. Akhirnya pembangkang juga yang akan bertepuk tangan meraih kemenangan.
Perlembangaan jelas menyatakan dan wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-Pemimpin Melayu yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957. "Kami WASIATKAN kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan selamat sejahtera. ( Perkara Enam : Kami Tetapkan Juga Bahasa Kebangsaan ialah BAHASA MELAYU )

Monday, February 2, 2009

SAYAP UMNO TIDAK SALAH

Sejak kebelakangan ini ramai yang memperkatakan tentang sayap UMNO iaitu Putera dan Puteri. Ada yang mahu ia dibubarkan dan ada yang mempertahankan kewujudannya. Apa sudah jadi dengan parti terbesar Negara, hingga ada orang yang melontarkan cadangan menerusi sidang media bukan melalui musyawarah. Adakah ini cuma propaganda atau sekadar ingin mencari publisiti semata-mata.
Saya tidak menyertai mana-mana parti politik sebab itu saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Puteri dan Putera UMNO sebenarnya tidak harus dipersalahkan apabila kadar rasuah meningkat dalam pemilihan parti ini kerana mereka mungkin belajar dari orang yang lebih dewasa. Jangan kita asyik menyalahkan orang muda sekiranya sesuatu yang buruk itu berlaku kerana biasanya mereka akan belajar dari pengalaman. Ibaratnya Kepimpinan Melalui Teladan.
Pucuk pimpinan parti berusaha sedaya upaya membenteras rasuah, namun ia tidak akan berhasil andai tiada sokongan semua pihak terutama mereka-mereka yang kecewa.
Berhentilah dari membuat kenyataan yang boleh menimbulkan perselisihan, terutama di hadapan teman-teman media kerana mereka cuma menjalankan tugas.Jika ada rasa tidak puas hati bermusyawarahlah bersama atau pasti ada jalan terbaik menyelesaikannya. Kemukakan cadangan ketika mesyuarat atau berbincang.
Masalah pemilihan Ahli Majlis Tertinggi pun belum selesai, timbul pula cerita baru. Jangan sampai kita ditertawakan oleh pihak lain kerana kebodohan dan ketaksuban kita sendiri. Fikir-fikirlah...