Wednesday, November 26, 2008

Khabare...alam sekitarku yang semakin sakit

Khabare semua,setiap hari aku akan melalui jalan itu dan saban hari juga aku melihat sebutir demi sebutir batu diangkut, sambil tanah-tanah merah juga seperti tidak mahu ditinggalkan seorangan setelah rumput dan pohon-pohon yang menanugi kekuatannya dirobek satu persatu yang tinggal kini cuma dia "Tanah Merah" yang seakan menyamal,mengambol atau merajuk menggelunsurkan dirinya. Kerana setelah sekian lama dia gah diatas sana sambil dikawal ketat oleh pepohon rendang, rumput menghijau dan batu-batu yang gagah.
Apa yang lebih membimbangkan ada sebuah bangunan untuk merawat pesakit berada betul-betul disempadannya. Apakah setelah pesakit yang sakit telah dipindahkan dari rumah sakit Ratu terpaksa pula dipindahkan sekali lagi,bertambah sakitlah kepala Pak Menteri memikirkannya.
Jadi sebelum apa-apa terjadi khabarkanlah kepada mereka yang berkenaan, tolonglah selamatkan bumi ini......


( Maaf la gambarnya kurang jelas...terima kasih isteriku yang sudi berkongsi masalah ini dan merakamkan gambar ini)

Tuesday, November 25, 2008

Khabare.....janji pemimpin

Apa cerita janji yang namanya Wakil Rakyat kita ada sudah yang terlaksana atau kita masih berangan tak sudah ? Jangan marah YB sekadar bertanya khabare YB lama tak jumpa

Monday, November 24, 2008

MAJLIS BAHASA DAN SASTERA NEGERI SABAH

Terima kasih YB Datuk Hj Mohd Arifin Mohd Arif kerana amat prihatin dengan penggiat dan persatuan/pertubuhan Bahasa & Sastera. Kerana sesungguhnya Bunga Seni yang dimaksudkan oleh YB itu jika tiada tuan yang menjaga pasti suatu hari nanti akan layu,mati dan akhirnya terkubur tanpa nesan akibat tiada siapa yang mahu bertanggungjawab untuk menyiram, membaja dan menjaga kuntum-kuntum bunga seni ini.
Bunga-bunga seni juga adalah bunga bangsa yang terus berjuang walau dengan mata pena kearah menyuburkan Bunga Hakiki .

Friday, November 21, 2008

Khabare

Hai, khabare smua ? Terima kasih kerana melawat blog saya. Ada apa cerita kita sembang-sembang. Kita mula dengan Cadangan untuk bentuk Majlis atau Lembaga yang menjaga hal ehwal Bahasa dan Sastera di Sabah. Saya amat stuju 100%