Tuesday, March 3, 2009

PUSAT SETELIT ISN KOTA KINABALU, SABAH

Pembangunan sukan yang berterusan antara agenda kerajaan khususnya Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS) ketika ini. Tanpa mahu mengalah atau mudah melatah dengan kritikan dan cakap-cakap seluruh rakyat Malaysia, KBS tetap meneruskan usaha membangun mutu sukan negara.
Terbaru Pusat Setelit Institut Sukan Negara (ISN) telah diwujudkan yang pertama di Sabah serta yang keenam di seluruh negara. Pusat Setelit ISN Kota Kinabalu ini terletak di Bangunan Asrama Kompleks Sukan Likas. Kewujudan Pusat Setelit ISN ini pastinya akan membantu ahli sukan di negeri ini mengetahui dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan mereka tentang sains sukan termasuk hal yang berkaitan psilogi dan pemakanan.
Kita sering menunding jari menyalahkan orang lain andai wakil negara kecundang di arena antarabangsa, namun kita jarang sekali turut sama bertanggungjawab dan sama-sama membantu dalam merencana modul terbaik bagi meningkatkan kualiti ahli sukan negara. Apa yang pasti dengan wujudnya Pusat Setelit ISN di Kota Kinabalu ini akan membantu ahli sukan dan penggiat serta peminat sukan mendalami ilmu berkaitan.
Hasrat Kementerian Belia dan Sukan bersama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengenalpasti ahli sukan untuk dibimbing seawal usia 5 tahun lagi memang tepat. ISN telah dipertanggungjawabkan untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat muda ini diseluruh negara, ibarat pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya'. Selari dengan itu kerajaan juga harus menyediakan kemudahan yang sepatutnya bagi memastikan usaha ini berjaya mencapai misinya.
Mengambil contoh bola sepak yang menjadi sukan popular dunia, Malaysia berada dikedudukan kurang memberangsangkan, entah dimana silapnya? Jika dilihat dalam situasi di negeri Sabah, maaf andai saya tersilap dimana dan berapa banyak akedemi bola sepak ?tidak kiralah sama ada yang dikendalikan atau diberi bantuan oleh kerajaan atau kelab-kelab bola sepak di negeri ini? saya pernah mengajukan soalan kepada persatuan bola sepak negeri ini, dimana harus saya menghantar anak saya yang berusia 6 tahun ketika itu untuk mengikuti klinik atau latihan bola sepak?jawapannya program pembangunan bola sepak dibawah 19 tahun diuruskan oleh Jabatan Pelajaran. Apabila saya mengajukan soalan yang sama kepada rakan-rakan di sana jawapannya anak saya masih kecil dan belum layak untuk bermain bola tunggulah sekolah rendah itupun apabila di tahun 3 atau ketika berusia 9 tahun. Jadi terpaksalah anak saya bermain bola sepak di rumah bertemankan dinding sambil melihat aksi pemain di stadium atau kaca tv.
Saya mengharapkan apa yang dinyatakan oleh Y.B. Dato'Sri Ismail Sabri Yaacob, Menteri Belia dan Sukan Malaysia ketika merasmikan Pusat Setelit ISN Kota Kianablu baru-baru ini akan menjadi kenyataan.

No comments: