Tuesday, December 9, 2008

Alam kian lemah......

Khabare...setelah apa yang berlaku di Taman Bukit Antarabangsa barulah semua orang sibuk bakunyanyang pasal pembangunan di lereng bukit, walhal dulu orang macam tidak peduli kesan yang akan berlaku.
Alam telah lama berteriak akibat pemerkosaan jentera-jentera berat silih berganti, hingga tiada lagi kehijauan yang kelihatan kerana anak rumput sebesar kuman pun telah diragut kesuciannya. Apa perlu kita gah dengan menara pencakar langit serta rumah sebesar padang bola sedangkan akhirnya tempat tinggal kita yang kekal abadi cumalah sekangkang kera. Apa erti untung berjuta-juta jika suatu hari nanti kerajaan juga yang akan rugi kembali kerana terpaksa memberi bantuan dalam usaha mencari dan menyelamat?
Sudah-sudahlah tu, hentikanlah niat untuk memusnahkan kehijauan alam ini. Kekadang kita tertipu melihat alam hijau di sepanjang perjalanan namun disebalik kehijauan itu didalamnya hutan telah gondol.
Jangan kita fikir kejadian seumpama itu tidak akan berlaku ditempat kita. Justeru itu, sebelum ramai lagi menjadi mangsa hentikanlah segalanya, kerana alam sudah tidak sanggup lagi menahan kesakitan yang amat dasyat apabila perut bumi ditanam cerucuk yang amat kejam....

No comments: