Thursday, December 18, 2008

Khabare...Kata Dikota Janji ditunai.....

Walau didesak dan diasak dengan pelbagai masalah, namun beliau tak pernah melatah apalagi mengata kerana satu hari nanti pasti kebenaran akan terlihat juga. Pak Lah seorang pemimpin yang tenang dalam menyelesaikan masalah dan tak pernah gelabah. Apa yang dilakukannya selama ini ada baiknya untuk kesejahteraan rakyat.

Ketelusan dan keterbukaan pentadbirannya sering disalah tafsir terutama oleh pembangkang, sahabat dan rakan juga terkadang menikam dari belakang ini senario politik hari ini. Ujian yang amat getir dihadapinya ketika PRU yang lalu, namun dengan doa dan izin Nya beliau berjaya melalui saat-saat penuh debaran itu. Tidak cukup dengan itu kekuhan barisan kepimpinan kerajaan pula cuba digugat dengan cubaan menukar kerajaan. Kita sudah sekian lama hidup dalam satu barisan dengan menjadikan musyawarah sebagai landasan terbaik. Justeru itu, kita tidak perlu adakan pakatan dengan orang lain lagi.

Kelmarin satu lagi janji ditunaikan Pak Lah apabila Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 diluluskan oleh Dewan Rakyat, bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah bermula Januari 2009. Sebenarnya sejak mengambil alih kepimpinan negara Y.A.B. Perdana Menteri telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar serius membenteras rasuah.

Alhamdulilah, syukur kerana Pak Lah berjaya melalui gelora dan gelombang politik negara ini dengan tenang dan aman. Sesungguhnya kami bangga menjadi rakyat Malaysia kerana sentiasa mempunyai Perdana Menteri yang hebat.

No comments: