Tuesday, January 6, 2009

Tahun Baru Perangai Lama, apa cerita ?

Tika hampir lena dibuai mimpi pada malam 31 Disember 2008, tiba-tiba terkejut oleh detuman bunga api dan mercun yang dibakar ketika meraikan tahun baru 2009. Apa lagi sekeluarga keluar la melihat percikan bunga api menghiasi langit gelap 0002pg 1 Januari 2009. Rasa tidak puas melihat dari jauh lantas sekeluarga naik la kereta menuju lokasi sebenar bunga api di pusat bandar.

Namun hajat tidak kesampaian tersekat oleh kesesakan lalulintas, entah dari mana sahaja kereta itu datang semacam pesta besar-besaran di sepanjang Teluk Likas/Tg Lipat dengan orang ramai bersorak gembira disepanjang jalan menyambut kedatangan tahun baru 2009. Tapi mungkin mereka lupa kehadiran 2009 pasti membawa cabaran yang lebih besar terutama dalam mengharungi masalah ekonomi global. Ada yang sanggup berkhemah sekeluarga di tepi pantai sambil makan-makan sayap ayam panggang, juga bekalan makanan yang dimasak atau dibeli sebelum itu.

Dipendekkan cerita kami sekeluarga pun balik la ke rumah dan menyambung semula mimpi yang terputus tadi. Apa yang diharapkan agar memperolehi mimpi indah yang dapat memberi gambaran wajah baru 2009 yang penuh cabaran ini.

Pagi 1 Januari 2009 bersiaplah kami sekeluarga kerana ingin menghantar anak ke sekolah ada program khas Tahun 1, setelah selesai kami balik ke rumah melalui laluan yang sama kami lalui tengah malam semalam.

Aduh...amat sedih melihat sampah sarap menangis ditinggalkan begitu sahaja! Ini kah azam tahun baru warga bandaraya Kota Kinabalu?Apakah menjaga kebersihan tidak termasuk dalam senarai yang perlu DIUTAMAKAN?

Sedang mereka-mereka yang berpesta semalam masih sedap tidur, kelihatan beberapa kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bertungkus lumus sejak awal pagi lagi membersihkan kawasan pantai yang ditinggalkan. Anak kecil saya bertanya "Ayah siapa yang buang sampah tu, kesian pacik tu pula kena bersihkan. Penggotor betul la dorang tu".

Saya hanya diam menggelengkan kepala, cuma pesan saya kepada anak-anak jangan jadi macam mereka yang suka membuang sampah kerana mereka juga sampah masyarakat, jadilah seperti pakcik tu walau pun kotor mereka sanggup bekerja demi untuk kesejahteraan orang lain.



No comments: