Tuesday, January 6, 2009

Khabare....Salam Tahun Baru


Khabare ? Rasanya lama juga saya tidak mencatatkan apa-apa dalam blog ini, al maklum sajalah hujung-hujung tahun ini masa yang terbaik membawa anak-anak bercuti disamping menghadiri
undangan majlis walimatlurus.

Sempat juga lah membawa keluarga ke daerah pergunungan melihat lambaian kinabalu yang dingin dan segar sambil merasai kehangatan air panas. Kesempatan ini juga saya gunakan untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anak saudara saya Mohd Rizan Mohd Taufek jadi Selamat
Pengantin Baru Moga Kekal Abadi Selamanya.

Sambil mendaki kaki gunung Kinabalu mata sempat terpandang disebalik kehijauan alam terdapat juga tompok-tompok coklat seakan kesan penebangan hutan, kalau ia dilakukan secara sah tidak mengapa lah tapi kalau tidak sekadar meminjam kata-kata Raja Lawak musin ke 2 Lu fikirlah sendiri akibatnya.

Kita juga jangan terlalu ghairah menjadikan kebun sayuran sebagai alasan terbaik untuk menoreh lereng-lereng bukit kerana mungkin dalam jangkamasa yang mendatang akan memberi kesan besar kepada alam semulajadi kita.


Justeru itu, marilah kita mengambil langkah terbaik agar alam terus subur dan segar !

No comments: