Monday, February 2, 2009

SAYAP UMNO TIDAK SALAH

Sejak kebelakangan ini ramai yang memperkatakan tentang sayap UMNO iaitu Putera dan Puteri. Ada yang mahu ia dibubarkan dan ada yang mempertahankan kewujudannya. Apa sudah jadi dengan parti terbesar Negara, hingga ada orang yang melontarkan cadangan menerusi sidang media bukan melalui musyawarah. Adakah ini cuma propaganda atau sekadar ingin mencari publisiti semata-mata.
Saya tidak menyertai mana-mana parti politik sebab itu saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Puteri dan Putera UMNO sebenarnya tidak harus dipersalahkan apabila kadar rasuah meningkat dalam pemilihan parti ini kerana mereka mungkin belajar dari orang yang lebih dewasa. Jangan kita asyik menyalahkan orang muda sekiranya sesuatu yang buruk itu berlaku kerana biasanya mereka akan belajar dari pengalaman. Ibaratnya Kepimpinan Melalui Teladan.
Pucuk pimpinan parti berusaha sedaya upaya membenteras rasuah, namun ia tidak akan berhasil andai tiada sokongan semua pihak terutama mereka-mereka yang kecewa.
Berhentilah dari membuat kenyataan yang boleh menimbulkan perselisihan, terutama di hadapan teman-teman media kerana mereka cuma menjalankan tugas.Jika ada rasa tidak puas hati bermusyawarahlah bersama atau pasti ada jalan terbaik menyelesaikannya. Kemukakan cadangan ketika mesyuarat atau berbincang.
Masalah pemilihan Ahli Majlis Tertinggi pun belum selesai, timbul pula cerita baru. Jangan sampai kita ditertawakan oleh pihak lain kerana kebodohan dan ketaksuban kita sendiri. Fikir-fikirlah...

No comments: