
Hari Ahad yang lepas sempat juga singgah membawa anak-anak bermain-main pasir di TATL, sebab hari-hari limpas (melalui) tapi baru dapat singgah. Setiap hari apatah lagi hujung minggu lokasi ini menjadi tumpuan masyarakat sekitar bandaraya Kota Kinabalu.


Syabas dan tahniah kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu khususnya Datuk Illyas Ibrahim, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu kerana tanpa henti-henti menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat. Apa yang kita lihat sejak Kota Kinabalu dinaik taraf menjadi bandaraya segalanya juga telah dinaik taraf termasuk kemudahan asas dan infrastruktur.




Rasanya tidak timbul masalah untuk DBKK mencapai hasrat menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu Bersih, indah dan Selamat dengan syarat semua pihak perlu berkerja bersama-sama. Masyarakat khususnya warga bandaraya harus mengubah sikap dengan menaik taraf pemikiran masing-masing.


Kerajaan telah menyediakan segala kemudahan untuk kesejahteraan rakyat, jadi sebagai tanda terima kasih kita gunakanlah segala kemudahan yang ada dengan baik. Jangan biarkan sampah yang kita bawa ditinggalkan bertaburan, buanglah di tempat disediakan.


Sebagai tatapan sempat juga merakamkan beberapa gambar di TATL ( maaf la kalau gambarnya kurang menarik sebab masih belajar ambil gambar )